This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

A

A

A

A
document.write ("tamil");
LATEST UPDATES

Galeri

AGM PIBG 2014

Science Fair Peringkat Sekolah

Orginasasi PIBG

Guru & Staff Sekolah


Bekas Guru Besar


Senarai Guru Besar Yang Pernah Berkhidmat Di Sekolah Ini.

1. 1957 – 1965 - En.C.Voorasamy


2. 1965 - 1986- En.S.Subramaniam PPN

3. 1987 – 1990- En.S.Kaluagasalam PPN

4. 1990 – 1995- En.S.Arumugam

5. 1995 – 2002- Pn.S.Mariammah

6. 2002 – 2006- En.R.Kalianand

7. 2006 - Jun 2011-En.K.Thanakodi


8. Jun 2011 – Kini -En. M.Vijayan 



Majlis Kesyukuran Bangunan Baru

Pada 15.12.2013 telah mengadakan Majlis Kesyukuran Bangunan Baru Sekolah di tapak Sekolah Taman Desa Tebrau. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan.P.Kamalanathan , Timbalan Menteri Pelajaran II dan bersama lagi dengan wakil-wakil dari Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Pendidikan Johor, PPD Pasir Gudang, Pengerusi MIC Bahagian Tebrau dan wakil-wakil MIC serta Guru Besar-Guru Besar Sekitar Negeri Johor.




















Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH


                       SJK Tamil Ladang Mount Austin telah ditubuhkan pada 3 Mac 1957 dan kini ia telah berusia 56 tahun. Pada awalnya ia beroperasi di tapak yang terletak di Ladang mount Austin. Ketika itu enrolmen murid adalah seramai 100 0rang yang kebanyakkanyan terdiri daripada anak-anak pekerja ladang getah. Kawasan sekitar sekolah ini mengalami pembangunan pesat mulai tahun 1990 –an dimana kawasan ladang telah berubah menjadi kawasan Taman Perumahan serta kawasan perindustrian kecil serta pusat perniagaan. Maka pembangunan pesat di kawasan persekitaran ini menyebabkan sekolah ini sering dilanda banjir. Dalam kejadian banjir pada tahun 2005, bangunan sekolah ini telah roboh sehingga tidak dapat digunakan lagi.
                   Mulai 13.06.2005 sekolah ini dipindahkan ke bangunan SK Taman Mount Austin buat sementara waktu sehingga bangunan sendiri dibina. Atas daya usaha pihak pentadbir, PIBG, MIC Tebrau serta Barisan Nasional kawasan ini, Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sebidang tanah seluas 4.7 hektar di Taman Desa Tebrau pada bulan okrober tahun 2010.
                  Pada 17 April 2012 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak telah memberi peruntukan ‘cash grant’ sebanyak 4 juta ringgit melalui Pejabat Pembanguan Negeri Johor untuk mendirikan bangunan sekolah. Pihak PIBG telah melantik TPM Techno Park (M) Sdn. Bhd debagai pakar perunding untuk membina bangunan 3 tingkat di tapak yang telah dibekalkan. Kontraktor Pembinaan Asas Bali Enterprise telah dipilih menerusi tender untuk membina bangunan ini. Kerja-kerja pembangunan telah bermula pada 13.11.2012 dan dijangka siap 30.11.2013. Kini (14.12.2013) kerja-kerja pembinaan telah siap sepenuhnya kecuali padang.
              Pada 15.12.2013 telah mengadakan Majlis Kesyukuran Bangunan Baru Sekolah di tapak Sekolah Taman Desa Tebrau. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan.P.Kamalanathan , Timbalan Menteri Pelajaran II dan bersama lagi dengan wakil-wakil dari Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Pendidikan Johor, PPD Pasir Gudang, Pengerusi MIC Bahagian Tebrau dan wakil-wakil MIC serta Guru Besar-Guru Besar Sekitar Negeri Johor.

Majlis penyerahan bangunan baru (fasa 1) iaitu bersamaan 27.12.2013 diadakan bersama dengan pihak TPM dengan PIBG SJK Tamil Ladang Mount Austin. Sekolah SJK Tamil Mount Austin beroperasi dalam sesi pagi mulai 01.01.2014 dengan bilangan murid 126 orang dan 11 orang guru.

Ucapan Guru Besar


     Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang menyampaikan sepatah dua kata di ruangan ini. Pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman aplikasi web sekolah ini.Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.
       Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini. Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.
    Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini. Mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.