SJK Tamil Ladang Mount Austin telah ditubuhkan pada 3 Mac 1957 dan kini ia telah berusia 56 tahun. Pada awalnya ia beroperasi di tapak yang terletak di Ladang mount Austin. Ketika itu enrolmen murid adalah seramai 100 0rang yang kebanyakkanyan terdiri daripada anak-anak pekerja ladang getah. Kawasan sekitar sekolah ini mengalami pembangunan pesat mulai tahun 1990 –an dimana kawasan ladang telah berubah menjadi kawasan Taman Perumahan serta kawasan perindustrian kecil serta pusat perniagaan. Maka pembangunan pesat di kawasan persekitaran ini menyebabkan sekolah ini sering dilanda banjir. Dalam kejadian banjir pada tahun 2005, bangunan sekolah ini telah roboh sehingga tidak dapat digunakan lagi.
Majlis penyerahan bangunan baru (fasa 1) iaitu bersamaan 27.12.2013 diadakan bersama dengan pihak TPM dengan PIBG SJK Tamil Ladang Mount Austin. Sekolah SJK Tamil Mount Austin beroperasi dalam sesi pagi mulai 01.01.2014 dengan bilangan murid 126 orang dan 11 orang guru.














